Jangan Pukul Rata, Setiap Orang Berbeza!
Semua orang punya kehidupan. Dan setiap langkah yang kita bina ini pastinya ada definisi tersendiri yang minda kita bina. Apa aku fikir tak sama dengan apa yang engkau fikirkan. Tak percaya? Okay mari kita cuba.
Aku mahu kau fikirkan sejenak, apa definisi bahagia bagi kau?
Sudah?
Simpan erat dalam fikiran kau. Biar aku jelaskan pula apa definisi bahagia buat aku. Bahagia buat aku bila aku dapat susun dan ikut semua perancangan yang aku buat pada mulanya. Aku tak suka perubahan ketara. Aku tak suka perubahan tiba-tiba. Aku lebih gemar kehidupan yang tersusun. Biarlah aku terpaksa mengulangi aktiviti yang sama sekalipun, aku BAHAGIA. Kerana itu definisi bahagia bagi aku. Mungkin itu cuma sebahagian tapi aku yakin engkau tidak punya definisi sama seperti aku. Betul?
Sesetengah orang mungkin berasa bahagia bila punya wang simpanan yang banyak. Ada orang pula bahagia apabila memegang jawatan yan tinggi dan ternama. Ada juga orang yang berasa bahagia hanya kerana mempunyai kesempatan melihat anaknya berjaya. Pelbagai definisi bahagia yang dipegang oleh setiap orang dan setiap seorang pastinya berbeza.
Kenapa?
Kerana setiap daripada kita dilahirkan unik. Ditambah pula cara hidup yang berbeza-beza. Pengaruh keluarga dan rakan sebaya yang diterima. Tidak lupa juga ilmu dan budaya yang didahagakan zaman dahulu kala. Semuanya menyumbang kepada bagaimana kita melihat dunia. Pemikiran kita sebenarnya secara tidak langsung dipengaruhi oleh pelbagai perkara yang kebanyakannya luar kawalan kita. Betul?
Ada satu cerita aku nak kongsikan supaya kalian jelas.
Aku ada seorang rakan. Aku gelarkan di Ayu. Pernah suatu waktu itu, Ayu sering merungut tentang orang yang baginya tidak punya common sense hanya kerana dia menjumpai sisa makanan di dalam sinki. Siapa pernah lalui pengalaman di asrama pasti tidak terlepas daripada situasi sebegini bukan? Ya, aku dah biasa.
Tetapi apa yang aku nak jelaskan dekat sini ialah bagaimana kita mengklasifikasikan common sense dalam kamus hidup kita sendiri. Lagi sekali aku yakin setiap orang pasti ada senarai common sense yang berbeza-beza. Mungkin akan berlaku pertindihan idea, tapi hasil akhirnya tidak akan 100% sama. Bagi aku susun kasut sebelum masuk rumah itu common sense, tapi bagi Ayu yang mungkin kasut itu tidak menjadi isu sekiranya dibiarkan berselerak kerana ianya akan hanya berada di luar sahaja. Bagi aku lagi, cukup common untuk kau tahu cara basic sidai baju di asrama. Yang kadang ampaian memang sangat limited lagi-lagi hujung minggu. Ini tidak, kau conquered berbaris-baris ampaian hanya untuk seminggu punya cucian.Belum masuk berapa hari kau perap pakaian sampai orang lain tangguh jadual penyucian. Sebab apa? Sebab perkara itu tidak atau belum termasuk lagi dalam senarai common sense Ayu.
Jadi, jangan pukul rata budaya seseorang. Cara hidup berbeza bukan membolehkan engkau sesuka hati hentam si dia. Kitakan Malaysia. Mana budi bahasa? Tegurlah sebaiknya, jangan sampai putus ukhuwah yang dijalin bersama. Peace!✌


Ulasan
Catat Ulasan