Cita-cita dan Impian, Setiap orang wajib ADA! (Pengalaman Rancangan Organisasi Sekolah)
Selepas selesai jawab salam, aku senyum. Padahal dalam hati cuak gila hahahhaha. Aku mula menyusun kata. Aku perkenalkan diri serba ringkas. Kemudian, aku minta pelajar pula kenalkan diri.
"Okay mula dengan awak." kata aku sambil tuju ke arah seorang budak lelaki yang aku nampak sangat pendiam.
Dia mula perkenalkan diri. Aku minta perkenalan ringkas sahaja iaitu nama, asal dan cita-cita. Nama dan asal passed. Tetapi boleh pula dia jawab "saya tiada cita-cita". Okay tak apa, mungkin sebabkan dia pendiam, dia malu kot hendak berkongsi. Suara pun sayup-sayup kedengaran ditambah pula pelitup muka terpasang sentiasa.
Okay, next.
"Cita-cita? Saya pun tak ada." jawab pelajar seterusnya.
Ah sudah. Dorang serius tak tahu nak jadi apa atau ikut jawapan member? Aku dah geleng kepala. Boleh aku kata 80% pelajar kelas itu tiada respon berkaitan cita-cita. Jadi aku pun menulis sesuatu di papan putih.
Aku buat macam atas ni. Oh ya, sepatutnya mentor aku minta bincangkan isu berkaitan pasca covid-19 tapi bila aku tengok masing-masing tak ada cita-cita, aku rasa tak boleh dibiarkan lah gitu. Persepsi bakal kaunselor hahahaha...
Kemudian, aku minta setiap pelajar salin timeline tersebut dan mula fikir keberadaan diri mereka dalam tempoh masa 1 tahun, 2 tahun, 3 tahun dan 4 tahun akan datang. Sebab apa aku buat macam ni? Sebab aku rasa peringkat pendidikan tingkatan 3 ini sepatutnya dah mula merancang kerjaya masa hadapan mereka. Lagipun, sewaktu menengah atas nanti masing-masing akan bergerak ke aliran yang berbeza mengikut pencapaian tingkatan 3. Cuba bayangkan kalau pelajar tu minat nak jadi doktor, tapi terpaksa batalkan sebab dia salah pilih laluan untuk SPM? Kan dah menyesal.
Contoh jawapan pelajar.
2021: kelas 4A1 → 2022: SPM 8A → 2023: Matrikulasi → 2024: Degree Human Resource
2021: kelas 4S1 → 2022: SPM 10A→ 2023: A-Level → 2024: Degree Medic Oversea
Jadinya aku bagi pendedahan awal. At least di tahu nak masuk aliran apa tingkatan 4 nanti. Macam mula dengan pencapaian? Ya, ini juga menjadi isu. Pelajar tak boleh masuk kelas sains tulen sebabnya keputusan tak lepas requirements. Kalau masih belum terlambat, usaha sebaik mungkin untuk masuk aliran yang diingini. Sebab itu kena tahu impian dan cita-cita, supaya kita tahu banyak mana effort yang diperlukan.
Nak jadi doktor? Usaha sebaik mungkin, masuk aliran sains.
Nak jadi akauntan? Kukuhkan kemahiran berkaitan, masuk aliran akaun.
Boleh?
Bergantung juga kepada rezeki. Doa, Usaha, Ikhtiar dan Tawakal.


Ulasan
Catat Ulasan