Cita-cita dan Impian, Setiap orang wajib ADA! (Pengalaman Rancangan Organisasi Sekolah)
Aku nak cerita sedikit pengalaman aku menjalani Rancangan Organisasi Sekolah (ROS). ROS ini dibina khas untuk pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan sebagai prasyarat sebelum menjalani mana-mana latihan keguruan. Tujuannya untuk memberi pendedahan awal kepada bakal guru untuk menyesuaikan diri di sekolah dan belajar budaya yang ada di sesebuah sekolah. Alkisahnya, a ku melangkah perlahan masuk ke kelas 3b. Aku tak pernah masuk sebelum ini, jadi ini kali pertama. Nervous tu ada tapi aku control ayu. Masuk je kelas aku berdiri dekat meja guru. Aku tunggu ketua kelas beri salam. Lama jugak aku tunggu. Dekat sini aku discover yang budak-budak (pelajar-pelajar) zaman sekarang tak ada lagi ke budaya beri salam macam cerita upin ipin tu? I just wonder . Sebab kawan aku pun share pengalaman yang sama. Selepas selesai jawab salam, aku senyum. Padahal dalam hati cuak gila hahahhaha. Aku mula menyusun kata. Aku perkenalkan diri serba ringkas. Kemudian, aku minta pelajar pula kenalkan diri. "...